Followers

Happy Hour

Nuff

Business Quotes

Pelawat

Inteliture search engine marketing firm
Get a web counter for free.

21 November 2009

BERANI KA PKR TEGUR PAKATAN RAKYAT KEDAH?

Dalam berita yang disiarkan di Sinar Harian, Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim berkata,pimpinan parti itu akan terus campur tangan dalam pentadbiran negeri bagi memastikan perjuangan pembaharuan ketuanan rakyat tercapai.
Kata Salehuddin, parti amat komited memastikan pentadbiran negeri, terutama di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berada pada landasan betul.
Menurutnya, campur tangan itu perlu sekiranya ada pemimpin lalai ataupun ‘tergelincir’, justeru, teguran secara baik perlu dibuat agar kesilapan dapat diperbetulkan.
“Kita perlu tahu apa itu perjuangan, apa kewajipan. Jika kita lihat pemerintahan sudah macam UMNO, pimpinan parti perlu masuk campur untuk perbetulkan keadaan."
Nak tanya sikit, PKR berani ka mai teguk kerajaan Pakatan Rakyat Kedah ni. Depa kata, ada Exco la ni dah sama macam Umno dulu...dok gila main golf...pi cari pelaburan luar dan macam-macam.
Yang payah nak nampak batang hidung dan jenuh nak buat appointment tapi tak dapat jumpa pun ada.
Ada berani tegoq ka encik?


Mat Cincang

SENAPANG MENGHALA KE LAWAN, PELURU MENGHALA KAT KAWAN...

Emel:

Saya tak faham dengan sikap sesetengah blogger/pengomen yang menggunakan ruang/blog kawan-kawan, seperti Depakata dan Detguaq untuk menghentam sesama sendiri.

Takkanlah depa ini pun sudah terasuk perangai pembangkang, membawa sifat hantu pembangkang dengan mencari salah kawan-kawan, lepas tu melepaskan geram membantai kawan-kawan sendiri juga.

Macam komen tukang gunting rambut di bawah posting YB PUN TAK TAHAN PANAS, bunyinya taklah sedap didengar. Tak ada cadangan sekadar hentam. Kita pun tak faham ke mana sebenarnya arah kawan-kawan kita ni (pengomen-pengomen itu).

Dalam peperangan siber yang wujud sekarang ni, yang kita nak perangi ialah musuh. Tapi belum pun angkatan musuh jatuh tergolek, kawan-kawan yang membantu berperang dengan musuh dihentam balik.

Medan kita sekarang ialah berhadapan dengan musuh yang mesti kita hancurkan habis-habisan. Jika kehabisan peluru (idea) pun, kita terus berperang. Jangan berpatah balik tembak kawan-kawan.

Saya salute komen kepala angin di bawah posting yang sama. Walaupun komennya tajam menusuk hati dengan lima perkara yang dibangkitkan, ia amat memberi kesan supaya kita bekerja, berusaha dengan segala macam cara. Apa yang ditegur oleh kepala angin itu patut dijadikan teladan.

Ini, dalam keadaan kita tengah sedap hentam pembangkang, hentam Nik Aziz dengan rasuah dan sebagainya, tiba-tiba kita kata mengata sesama sendiri.

Sejuta harapan saya, jika boleh, mulai sekarang kerja hentam-menghentam sesama sendiri ni eloklah dihentikan. Setakat nak komen sikit-sikit tu ok la...


Pelurumati

UMNO...DAN RASUAH LAGI!

JOHOR BAHRU: Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM40,000.

Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain.

Difahamkan, rundingan berkenan dilakukan selepas 18 AJK Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi meletakkan jawatan serentak minggu lalu, berikutan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Ketua Pemuda Umno bahagian itu.

Ia menyebabkan satu pemilihan baru perlu diadakan membabitkan pergerakan berkenaan selepas dua pertiga jawatankuasa meletakkan jawatan.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan enam lelaki terbabit mengadakan rundingan dengan sekurang-kurangnya tiga AJK Pemuda Bahagian yang meletak jawatan bagi menarik balik peletakan jawatan untuk mengelakkan pemilihan semula Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata beliau mengetahui mengenai penahanan enam ahli bahagiannya itu.

Komen kita:
Malas nak komen dah...


akpj



20 November 2009

PENDEDAHAN BALASUBRAMANIAM: ADA YANG TAK KENA ATAU ADA YANG TERKENA?

Macam ada yang tak kena aje dengan 'pendedahan' terbaru penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, yang disiarkan oleh Malaysia Today dan dipetik untuk digunakan oleh pelbagai pihak, dipelbagai tempat dalam ruang siber ini.
Kalau diteliti, wujud percanggahan dalam sebahagian daripada 'pendedahan' penyiasat yang mendakwa sekarang ini tinggal di Chennai, India.
Antara percanggahan itu boleh anda temui di sini.



Mat Cincang

GURU PONDOK 'BALUN' NIK AZIZ

Keras betul komen pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah dalam Sinar Harian terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kata Abdullah, Nik Aziz bertanggungjawab terhadap perpecahan yang bersemarak di kalangan umat Islam.

Bagi Abdullah, antara punca perpecahan itu ialah kenyataan-kenyataan Nik Aziz mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politik.

Kita tengoklah apa Nik Aziz nak jawab. Yang sah, esok, lusa, tulat, teruk la pengasas sekolah pondok tu kena balun dengan ‘peminat-peminat’ Nik Aziz.


akpj

19 November 2009

BUKTI KEHEBATAN NIZAR

Kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, persepsi PAS ditunggangi DAP disebarkan oleh Umno berdasarkan kegagalan para wakil rakyat mereka berdepan dengan dua pemimpin DAP Perak sebelum ini.

Kata Nizar lagi, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Koo Meng bukan calang-calang orang untuk dihadapi oleh para Adun Umno ketika kedua-duanya adalah Adun pembangkang dalam Dun Perak sebelum ini.

"Mereka ini bukan calang-calang orang. Ketika mereka (Umno) ada 40 orang dalam Dun pun tak boleh lawan dua orang ini, jadi mereka ingat PAS dan Nizar ini menjadi alat dan kuda tunggangan DAPlah. Saya ni boneka merekalah.Ini persepsi yang mereka sebarkan yang tidak betul sebenarnya," tambah Nizar.

Hmm, Nizar ni sebenarnya nak bagi tau, inilah bukti yang dia juga bukan calang-calang sebab hanya orang yang bukan calang-calang saja boleh 'menguasai' orang yang bukan calang-calang macam Ngeh dan Nga.

Bukan itu saja, Nizar juga seolah-olah nak kata, dia seorang lebih hebat daripada semua 40 ADUN BN (UMNO) dulu, yang tak mampu berdepan dengan 2N itu.

Tak apalah, beb. Biar aje la. Meroyan ni macam-macam jenis.


akpj

YB PUN TAK TAHAN PANAS

Persidangan hari ketiga DUN Kedah hari ini ditangguh ke Ahad ini berikutan pendingin hawa dalam dewan mengalami kerosakan dan menyebabkan keadaan panas serta kurang selesa.

Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengumumkan penanggguhan itu selepas menerima cadangan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk menangguhkan persidangan hari ini, yang disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

"Peristiwa ini pertama kali berlaku, memandangkan keadaan dewan yang panas, saya menangguhkan sidang dewan ini pada hari Ahad (22 Nov)," katanya.

(Sumber: malaysiakini)

Hehe...kalau panas berhujah, kata-mengata, no hal kan YB-YB. Tapi panas jenis tak dak air-cond, tak tahan na. Tu pun mujuq la ada bumbung. Kalau kena mesyuarat tengah panas lit-lit...lagi la...

Mat Cincang

AZMIN DAN SAHAM RM8 JUTA

Emel:

Apa ada dengan jumlah RM8 juta saham bagi Azmin? Azmin menafikan lapuran akhbar yang mengatakan beliau memiliki saham bernilai RM8 juta saham bersama isteri tersayangnya. Dia berkata kepada Anwar Shaari sebagai “ orang bankrap politik”. Apa sebab Azmin menafikan berita pemilikan sahamnya ?. Sebab jumlah RM8 juta itu terlalu kecil baginya. Saya yakin Azmin mempunyai harta yang lebih besar nilainya.
Semua orang tahu, semasa Azmin menjadi Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim dulu, dia memang sudah hidup mewah walaupun gaji pokoknya sekadar RM2500.00 sebulan. Dia sudah memandu kereta mewah, BMW ke pejabat, rumah besar dan bercuti bersama keluarga ke Eropah dengan penerbangan Kelas Perdagangan. Kalau nak tahu banyak lagi minta Nalakaruppan dan Dato S’ng dari Sarawak ceritakan.

Inilah rupa dan jenis manusia politik yang kononya hendak menentang rasuah.

Biar jadi bankrap politik, jangan jadi manusia korap.


MP Pencen

SOALAN-SOALAN YANG PATUT DIJAWAB OLEH PAS/PAKATAN RAKYAT KEDAH

BERIKUT ini adalah petikan komen daripada seorang 'anon' di bawah posting saya yang bertajuk 'Kenapa Saya Hormat Ustaz Azizan?'. Saya berpendapat kandungan komen ini menarik untuk dibincangkan dan kerana itu ia dipetik untuk paparan semula dengan 'sedikit campur tangan' (setakat betulkan satu dua ejaan yang ketara silapnya) - Jeanbara.

Bila puji je (rujuk pada posting 'Kenapa Saya Hormat Ustaz Azizan?'), kawan2 yang nak tambah lagi memuji dia pun masuklah pujian melangit2 bahawa Kerajaan Kedah dapat kurangkan kemiskinanlah, daripada tujuh peratus turun kapada tiga peratus lah, segala macam nak tonjolkan bahawa sejak PR memerintah Kedah ada peningkatan dalam berbagai hal lah, kononnya.

Yang turunkan paras kemiskinan, dalam tinjauan yang dibuat oleh agensi Kerajaan Pusat, tak ada satu pun atas daya usaha Kerajaan Negeri. Kesemuanya diusahakan dengan bantuan Kerajaan Pusat. Silalah tunjukkan satu contoh, dari segi rumah PPRT. Ada Kerajaan Negeri membinanya?. Jika ada, dimana?. Semua rumah2 ini diusahakan oleh KEDA yang merupakan agensi Kerajaan Pusat.

Usaha orang lain janganlah mengaku kita yang buat, itu namanya menipu rakyat. Faham?.

Dalam Dewan Undangan Negeri adalah resmi. MB cakaplah benda2 yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri negeri sendiri.

Di KHTP, sapa kata ada peningkatan?

Pi lah tengok. Semua kakitangan KHTP dudok saja je la ni. Tak dak kerja yang mana depa ni tunggu hari nak cabut meninggalkan KHTP. La ni, industri yang sedang rancak membangun di Serawak sedang membuat tawaran untuk menarik mereka ka sana.

GLC berjaya meningkatkan aktivi dan keuntungan: GLC mana? awat tak sebut satu demi satu? dah hangpa nak tonjolkan ucapan yang MB cakap dalam tuuuu... PKB? buat untung apa?. Dari dulu hingga sekarang dok macam tu juga?. Satu projek Kompleks MPSP tu sajalah. Rumah di Simpang Kuala, dekat 10 tahun dah tak siap. Dengaq kata, gaji CEO hingga ka kakitangan bawah pun dok bayaq dengan duit bulanan list APMM Langkawi jeeee..... Mana satu GLC yang dapat keuntungan niiii.....???.

11 buah GLC bagi dividen kapada Kerajaan Negeri?. Lama kelamaan 11 GLC tu pun akan telungkup.
PKNK? buat untung tang mana?. Jawab. Yayasan Islam? buat Menara telko, untung banyak mana?. BDB? setakat ini, 11 juta unit saham yang di tanggung oleh ASK pun macam tanggung biawak hidup. Beli RM1 lebih, sekarang tinggal sen sen sahaja seunit.